Monday, January 18, 2010

::kelaparan::

my 2nd post of the day. very productive kan? haha.

lutut masih sakit. sgt sakit kalo bangun dari duduk lama2. tadi lps drive almost 2 hrs bila nak kuar kereta rasa macam nak terjatuh sbb takleh berdiri tegak. wah..serius ke ni? habisla..

selain drpd sakit lutut aku juga sedang menghadapi satu masalah baru iaitu selalu kelaparan (masalah ke?). aduss.. ptg2 macam ni dpt makan pisang goreng pon sodap. dah teguk nestum se mug pun masih tak kenyang. padahal dah makan spaghetti kat pizza hut tghari tadi.

tapi sapa yg rapat dgn aku mmg tau aku mmg kuat makan. cuma kali ni sangat2 kuat makan. cuma payah nak cari benda yg aku makan sbb aku cerewet pilih tempat makan, boleh? haha. kalo kat pbd ni mmg la leceh.. kedai mamak je berlambak. pastu kedai cha ya nun alip (wlpun ramai je muslim yg makan aku mmg big NO la). pastu aku dahla allergic skit mamak2 ni esp mamak kat sini. entahla apesal. sbb dgr macam2 cerita kot. terutama pasal hygiene. leceh kan makan ngan aku? hihi.

kat sini aku selalu makan kat kafe melayu yg harga nasi goreng dia RM8 dan air carrot susu RM5. mmg mencekik kan? tapi masakan dia bolehla. restoran melayu ada 2 je. satu lagi asyik penuh & lauk habis kalo pegi pkl 1.oopm onwards. so, takkan aku nak turun pkl 12? kalo aku bagi alasan kat madam tksu (ala..pompuan yg selalu bising pasal peraturan pejabat tu) aku turun awal sbb takut lauk habis pastu aku akan kebuluran agak2 korang dia boleh terima tak?

so, ada lagi pilihan lain. selain drpd pizza hut, ada secret recipe, kenny rogers, mcd, kfc, subway dan satu lagi kedai kat hjg tak tau melayu ke mamak (tp cashier dan pekerja dia semua melayu cuma nama kedai dia macam mamak, boleh?). masalahnya kalo makanan bergoreng berkurun nak siap then kalo nasi pulak mencekik harga dia (tp kalo tekak aku nak makan nasi campur terpaksa jugakla kat sini. terpaksa? huhu). so, now korg mesti tau kalo aku kedekut tu sbb apa, kan? ye..sbb aku dah kering sejak kerja kat sini. to be exact, kat pusat bandar damansara yg ada sampai 5-6 pintu kedai mamak (banyak gila kedai mamak kat sini. siap ada yg aircond lagi). tapi aku nasib baik dpt teman makan yg sporting iaitu lady boss aku. dia selalu suruh aku pilih tempat makan. pastu mana je aku ajak dia ok. ye la, gaji dia lagi banyak..hihi.

ok. berbalik kpd isu asal. aku sedang kelaparan. kalo balik ni singgah subway rembat tuna sandwich satu ok jugak kan? tapi esok ada tuna tuesday promotion. lagi murah (haha, kedekut). mmm..tengokla mcmana kang. kalo tak tahan lapar aku telan je sapa2 yg lalu depan aku ni. nak2 time balik camni. okla. adios amigos!

7 comments:

SHAH RIZAN said...

ok gak ko kuat makan, biar badan ko berisi sket...tak dpt ku bayangkan badanmu gempal...huhu

Nisa said...

haha.. tu la kelebihan aku shah. makan banyak mana pun payah nak gempal. pastu nak kena kejar anak lagi. jadi la slim balik. :p

izz said...

hehehe... meh la dtg mv.. lg bnyak choice.. akak suke bebeno dgn subway... erk! kuat mkn ada makna ka??? huhu

Ayu Fairuz said...

ehem.. kuat2 mkn lain mcm nih..

Nisa said...

kak izza & ayu: haha..mmg dah asal2 kuat makan. skrg lagi menjadi-jadi. ada makna lain ke kalo kuat makan? hihihih

Unknown said...

lapo2 cenggitu, 'ader' la tuh...ecececey

Nisa said...

haha.. ye la tuang ni..