Thursday, December 31, 2009

adoyai..

esok dah masuk tahun baru..tapi azam baru tak sempat nak pikir lagi ni.. macamana?

Friday, December 25, 2009

:: you are invited ::

salam all.

me & my family are very pleased to invite all of you to our kenduri doa selamat kecil2an tomorrow, saturday 26th at our home, Nilai. Insyaallah the program will start with tahlil at 11 am and followed by lunch till 2 pm.

sorry for the last minute invitation as this kenduri was decided in very short time since we managed to get most of our family members (mine & in-laws) to gather at our home during this cuti2 1malaysia :). and the best part is that everybody will holding hands in cooking and preparing everything.

i'm so sorry again becos i can't reach everybody by phone due to my incomplete phonebook contacts reinstallation since i changed to this hp..err about two months ago (unfortunately i left my contact list at the ofis). huhu.

so. please come.. you are all invited. :)

Thursday, December 17, 2009

::Salam Maal Hijrah::

selamat tahun baru 1 Muharram 1431 buat semua umat Islam. marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala rahmat yang telah dikurniakan-Nya selama hidup kita ini. dan semoga tahun baru ini akan menjadikan kita insan yang lebih beriman dan bertaqwa kepada-Nya. InsyaAllah..

p/s: jangan lupa baca doa akhir tahun & doa awal tahun ye!

:: adam & helmet ::

this scene happened last weekend jugak. tengah syok layan tv tetiba aku terkejut bila tengok adam. mana taknya, dia pakai sendiri helmet papa yg berat, then kayuh motor dia tu (motor/basikal?). dahla helmet tu terbalik. kitorang apa lagi, gelak sampai guling2 tengok dia. enjoy!

nampak je dia dengan helmet bagai terus aku sepantas kilat capai tepon papa. tu yg gambar blur2 tu. aku pun tak tau mana dia ambik helmet tu.

tetiba helmet tu nak terjatuh..berat beb! heheh

last2 dia berusaha sungguh2 nak tanggalkan helmet sampai nak nangis. dah tak tertanggung beban kat kepala tu kot.. hihih

:: aktiviti hujung minggu (lepas) ::

apa yg kitorg buat last weekend? (hihi..sori lambat update)
.
tak ada apa pun sebenarnya..hari sabtu apa lagi kalo bukan mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk yg bertimbun & basuh baju yg berbakul-bakul ittew. nasib baik siap mengemas awal rupanya tak ketahuan yg ptg tu ada tetamu nak datang. hehehh.
.
hari ahad pegi kenduri kawin x-opismate (bukan kenduri insan dlm entry hangin sebelum ni ye) en. razak & wifey di kajang..ramai yg dtg included my x-boss yg baik tu with his family. sanggup dia tunggu we all sampai wlpun dia dah siap makan. so dptla we all gambar ramai2 dgn pengantin. tahniah razak! lauk kenduri dia sedap tau..heheh. byk gila kenduri area rumah dia. kitorg nyaris termakan kenduri org lain. dah turun dah. nasib baik tengok semula signboard betul2. muhahaha!!
.
balik dari kenduri papa sambung keje yg dia start sejak pagi iaitu..menanam rumput! hoyeeh. akhirnya terlaksana juga hajat setelah almost 9 months tertangguh (macam besar sgt tanah pun). biasanya nanti dulu..nanti la..this time angin rajin dia telah menjelma so layan je la gambar2 di bawah ni ye!

papa start buang top soil yg sgt keras tu dan ratakan pasir

adam on the other hand tolong pijak pasir yg dah elok2 papa level

papa dah start nak lay rumput

tadaaa!! siap separuh saja sebab tak cukup rumput dalam 20 keping lagi kot (ingat tanah kecik pakai sikit je rumput..cheh!)

p/s: ibu tolong tengok je..heheh (tu pun snap gmbr dari dlm umah..maklumla, papa kan tak suka publisiti..chet, cam artis plak. adam? tolong menyibuk la..apa lagi!

Tuesday, December 8, 2009

what the ****???!!

ye, ini adalah kisah benar.

Mr.H adalah my x-staff yg baik & rajin, dan telah berpindah ke agensi lain setelah setahun lebih (kalo tak silap) served in my dept. setelah beliau berpindah dlm lebih kurang setahun ni.. adalah dlm 3-4 kali beliau call utk tanya khabar ofis lama dan kebanyakan minta pendapat pasal kerja..(sbb kat dept baru dia takde boss lagi.. everything dia kena settle sendiri). baru2 ini beliau telah call utk maklum tentang majlis perkahwinan beliau dan kemudian telah menghantar sms yg lebih kurang macam ni (simplified version):

Mr.H: salam kak. jemput dtg ke kenduri saya pada blablabla...

me: ok..insyaAllah. TQ

Mr.H: sori tak sempat hantar kad. bz sikit.

me: its ok..akak faham (ye, aku bahasakan akak..sbb dia muda belia lagi)

Mr. H: nanti akak tlg sms address, saya nak pos kad kawin.

me: ok..address akak blablabla..

::dlm beberapa jam kemudian..dtg beberapa sms dari less-than-a-month-wifey-of -Mr.H::

Mrs.H: boleh saya tahu apa yg Mr.H sms kat awak tadi? apa sebenarnya hubungan awak dgn dia? saya tgk dlm bil dia tiap bulan mesti ada no.hp awak.

me: (omg! ape hal lak ni? tiap bulan? what the ****?!) ohh..i was his boss at dept blablabla..memang before this dia ada call tapi tanya pasal keje..tadi dia call & sms jemput akak pegi kenduri. tu je. akak rapat ngan dia sbb kitorg satu dept even my hubby pun kenal dia.

Mrs.H: sure ke takde pape? ye ke tanya pasal keje je bkn pasal lain? kalo hubby akak kenal dia kenapa dia tak tanya pasal keje kat hubby akak je? saya memang tak penah percaya kat dia.

me: (eh, dia ni bod*h ke apa? apsal lak dia nak tanya pasal keje kat laki aku? dia kan x-staff aku..bukan x-staff laki aku. tp laki aku kenal la dia gitu2..) dear, he loves u so much so i think u should start trust him. (x-staff aku ni dulu mmg selalu cite pasal girl dia ni biasalah excited nak kawin kan)

Mrs.H: banyak sgt ke dia cite kat akak pasal saya sampai akak tau dia syg saya? saya mmg tak percaya kat dia sbb tu saya sms akak ni. boleh tak forward kat saya apa yg dia sms akak tadi?

me: (la dia ni..sengal ke sew*l ke apa? bukan payah sgt nak tau yg dia syg kat ko. aku pun bagi dia semua sms yg x-staff aku send awal2 tadi. biar dia puas hati.) ok. akak dah jelaskan semuanya so terpulang la nak percaya ke tak. bye. (aku malas nak layan org camni. lagipun aku tgh drive 140km/j kat highway seremban-kl)

ada la lagi dia sms lepas tu tapi aku malas nak reply pompuan psiko camtu buang masa je kan but last2 tu ada la dia say sori what not.. and ajak aku gi kenduri dia so that dia boleh kenalan ngan aku & family aku. haa..ko dah cakap aku mcm2 nak berbaik2 plak..sorry!

so korang rasa perlu tak aku bgtau laki dia a.k.a x-staff aku itu ttg apa yg berlaku between me & his wife? aku rasa tak la kot takut kang perang ribut taufan lak. aku pun kesian mesti lps ni dia segan ngan aku punya. adoyai..aku rasa kelakar pun ada (sbb wife dia boleh fikir sampai camtu), nak marah pun ada. tapi nak sedih mmg takla sbb memang dah sah2 benda tu mengarut. kalo ikut hati mmg aku nak sembur je dia tapi memandangkan aku ni insan bertamadun aku sabarrr je la.

tapi aku kesian plak kat laki dia ni dapat wife psiko. tiap2 hari check tepon/bil laki. takkan laki dia takleh sms pompuan langsung? ni baru tak sampai sebulan kawin. esok2 entahla..aku doakan yg baik2 je utk diorg..aku ni dah 3 tahun lebih kawin tak penah la pulak sampai macam tu skali. paling2 pun aku tanya je laki aku kalo aku rasa nak menyebuk sgt. takde la nak terjah2 org lain tak tentu pasal. aku pun tak tahu la hal diorg ni kot2 yg lakinya tu ada history before this. but apa yg aku tahu x-staff aku ni mmg baik. dulu pun apa2 cite pasal girl ni je. takde plak affair lain rasanya..ni yg aku tau la. bagi aku kita ni suami isteri kena la ada saling percaya-mempercayai barulah boleh harmoni. kalo awal2 dah tak percaya, syak sana sini, macammana hubungan tu nak diikat supaya berkekalan?

actually awalnya aku memang excited nak pegi kenduri dia wiken ni ye la dah anggap macam adik pun..siap dah ajak laki aku kuar shopping wedding gift utk diorg. tup tup bila dah jadi gini aku decided mmg tanak pegi. tetiba rasa menyampah betul la aku kat wife dia yg cemburu buta tu..hii..tak jumpa pun takpe. kalo pun dia tak hormat aku sebagai x-boss laki dia pun atleast dia selidik la dulu..tanya laki dia ke. ni tak.main terjah ikut suka hati. ingat ni rancangan melodi ke hapa? aku cuma kesian kat x-staff aku ni sbb aku janji nak dtg dan dia beria2 hantar kad supaya aku senang nak gi umah dia (maklumla..aku ni kan selalu sesat :p). hmm..tapi decision aku memang big no, no! hii..menyampah!

(ohh..tak sangka aku akan terlibat dalam ini drama)

moral of the story: kalo nak kawin dlm usia muda siasat dulu dgn mendalam peribadi pasangan anda. jangan kawin ngan budak2 yg perangai memang macam budak2! (esp. cam pompuan psiko sorg ni).

Friday, December 4, 2009

what a good day!

this was happening early morning today..
.
first....

i was stranded in the traffic jams at about 2 and 1/2 hrs..

then....


i saw this!

haha! what a good start of the day..